Tuesday, August 16, 2011

The sunshine is here

It took 2 days for me to cool off. Hehehehe. So I've been reading my own posts, and realize how gloomy they are recently. So just want to post this entry to end this misery (misery by moffats sedang berkumandang yea rakan2 :P). Raya da nak dekat (erk ade la 2 minggu lagi) da ni. Excited tak? RAYA mostly reminded me of my kampung, SAUK at kuala kangsar. The best part is the Subuh prayer di pagi raya.

Aku masih tertidur lena. Kedengaran abah mengejutkan anak-anaknya untuk solat subuh. Giliran aku pula untuk dikejutkan, liat sedikit pada awalnya, tetapi aku bangun juga menuju terus ke tandas untuk mengambil air wuduk. Beratur juga orang yang mahu menggunakan tandas, sepupu, ibu saudara dan bapa saudara. Selepas mengambil wuduk, aku mengejutkan pula adik-adik perempuan aku. Kelihatan Atuk telah pun bersiap-sedia. Aku keluar ke beranda, memang selalunya kami solat berjemaah di situ.  Jelas kedengaran bunyi cengkerik. Terasa kedinginan angin. Suasana yang tenang sekali. Aku pantas memakai telekungku kerana ku lihat ramai orang telah bersedia. Azan berkumandang. Terus kami bingkas bangun untuk solat berimamkan Atuk. Setelah selesai memberi salam dan berdoa, kami terus bertakbir. Hanya Allah tahu betapa syahdunya sewaktu itu. Kami bermaaf-maafan antara satu sama lain. Beratur adik-beradik mahu memohon ampun dengan kedua ibu bapa. Kemudian memohon ampun dengan Atuk dan Opah. Kemudian dengan saudara mara yang lain. Mula kedengaran kokokan ayam. Siang makin hampir untuk menyapa manusia. Aku bergegas mengambil tuala, tak sanggup aku untuk berebut tandas nanti. Aku antara yang pertama mandi, dan juga antara yang pertama memperagakan baju raya. 

It was such a sweet memory, still lingers freshly in my mind each time Raya comes. This exact feeling wont come twice, without Atuk and Opah, and with all of us growing up, the feeling definitely wont be the same. Al-Fatihah to Atuk and Opah, even though I'm not there when I'm supposed to, my doas are always with you. Ameen.

No comments:

Post a Comment